Berita Hari Ini

Warga Malaysia Disyaki Seludup Syabu Guna Kapal Mewah Ke Jakarta

JAKARTA – Enam warga Malaysia ditahan disyaki terbabit dalam penyeludupan dadah jenis syabu menggunakan kapal layar mewah.

Memetik laporan Bernama, Polis Indonesia menemui dadah jenis syabu seberat 37kg dalam kapal layar Carron Layner, yang berlabuh di Dermaga Batavia Sunda Kelapa, Jakarta Utara, pada 9.30 malam, 4 Jun lepas.

Menurut Direktor Jabatan Siasatan Jenayah Polis Indonesia Krisno Siregar, kapal itu dipercayai berlayar dari Johor ke Jakarta pada hari yang sama.

Lima suspek rakyat Malaysia yang ditahan itu berasal dari Johor, manakala seorang lagi berasal dari Perak, katanya dalam satu kenyataan media.

Dadah berkenaan dipercayai berasal dari Myanmar.

Semua suspek kini ditahan polis dan kes itu disiasat di bawah Pasal 114 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2019 berkaitan Dadah, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");