Panasnya Hari Ini

Zahid Tidak Mengaku Salah Rasuah SGD4.24 Juta

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga bekas Menteri Dalam Negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini hari ini atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD4.24 juta daripada sebuah syarikat Pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di Negara China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN), Ultra Kirana Sdn Bhd untuk melanjutkan kontrak syarikat berkenaan dua tahun lalu.

Bagaimanapun Ahmad Zahid, 66, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengaku tidak bersalah selepas ketujuh-tujuh pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Memetik Sinar Online, mengikut kesemua pertuduhan, beliau didakwa secara rasuah menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai dorongan untuk tertuduh yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri untuk melanjutkan kontrak syarikat berkenaan.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dekat sini antara 28 Mac 2017 dan 2 Mac 2018.

Kesemua pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan Ahmad Zahid diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pada 19 Oktober dan 14 Disember 2018 serta 20 Februari lalu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan dengan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");