Perak Hari Ini

16 Kes Keracunan Methanol Dilaporkan Sehingga 7 Julai

IPOH- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak melaporkan sebanyak 16 kes kematian akibat keracunan methanol telah dicatatkan daripada 29 kes sejak 28 April sehingga 7 Julai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, A. Sivanesan berkata, kejadian wabak keracunan methanol telah dilaporkan selepas mangsa berkenaan meminum alkohol.

Katanya, sampel klinikal telah diambil daripada 28 sample untuk dianalisa ujian metanol di mana lima kes didapati positif bahan itu manakala sebanyak 18 notis kesalahan telah dikeluarkan.

“Sebanyak 465 buah premis telah diperiksan dimana sebanyak 2164 produk telah disita dan jumlah rampasan bernilai RM10 ribu,” katanya dalam satu sidang media semasa menjalankan serbuan di beberapa lokasi pembuatan arak, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau bersama anggota penguatkuasa hari ini telah membuat serbuan ke atas sebuah premis membuat todi yang terletak di sebuah ladang kelapa sawit.

Katanya, setelah pemeriksaan dijalankan, premis berkenaan telah diarah tutup bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan selama 14 hari kerana keadaan premis tersebut yang begitu kotor sehingga ada bangkai tikus yang mati di dalam satu tong pemeraman todi.

“Pemilik premis juga mempunyai 14 hari sahaja bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan selepas tamat tempoh, pihak JPN akan melakukan tinjauan, jikalau mereka berpuas hati, barulah premis ini dapat berjalan seperti biasa.

“Tempoh akan dilanjutkan jika pihak JPN tidak berpuas hati,” katanya.

Jelas beliau lagi, kes akan disiasat dibawah seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");