Perak Hari Ini

2 Lelaki Didakwa Rasuah Pegawai Imigresen

IPOH- Dua individu dihadapkan di Mahkamah sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada pegawai imigresen bagi tujuan melindungi pekerja asing yang tidak mempunyai permit dua tahun lalu.

Tertuduh Fabian Dang Wen Min, 51 dan Choo Cheeng Seng, 47 bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehdu.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara rasuah memberikan suapan berjumlah RM5,000 kepada Penolong Penguasa Imigresen, Jabatan Imigresen Negeri Perak Abdul Majid Mohamed supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap Choo Cheeng Seng yang juga merupakan pemilik kopitan di Pekan Menglembu.

Suapan tersebut diberikan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana kerana kesalahan menggaji empat orang pekerja asing warganegara Bangladesh tanpa permit di premis berkenaan.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sekitar Bandar ini iaitu di Restoran Pizza Hut, Jalan Meru Bestari B2 di sini, pada jam 3.56 petang, 13 Oktober 2017 lalu.

Pertuduhan terhadap semua tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan oleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta sama serta dibaca dengan Seksyen 28 (1) (c) akta yang sama.

Jika disabitkan dengan kesalahan, mahkamah memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda yang boleh mencecah lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara itu kedua-dua tertuduh diwakili peguam Shahidah Muslimah dan Mohd Khairul Fairuz Rahman.

Mahkamah kemudian membenarkan semua tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin kemudian menetapkan tarikh perbicaraan semula pada 28 Ogos.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");