Berita Hari Ini

20 Tan Metrik Durian Akan Dilelong Awal Ogos- Fama

15 hingga 20 tan metrik durian pelbagai jenis akan dijual pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran melalui program Jualan Anak Beranak 2.0 anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu pada awal Ogos ini.

Pengarahnya, Fauzi Mohamad berkata melalui program itu, Fama akan membeli durian daripada kira-kira 50 hingga 100 pengusaha durian di sekitar Besut dan Setiu serta Kelantan untuk dijual pada harga yang murah kepada orang ramai.

“Bagaimanapun, harganya masih belum dimuktamadkan lagi kerana harga durian agak sukar dijangka…jaminan kita durian kampung akan dijual tidak lebih RM10 untuk 1kg atau mungkin juga kita jual RM10 sebiji.

“Jadi, kita uar-uarkan program ini lebih awal agar orang ramai bersedia untuk datang mendapatkan buah-buahan tempatan apabila ia berlangsung kelak,” katanya kepada media pada majlis jamuan Aidilfitri anjuran usahawan Fama Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini.

Selain durian, pengunjung program itu juga boleh membeli pelbagai buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan dan salak dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Tahun lepas, Fama menjual durian kampung pada harga RM6 hingga RM8 untuk 1kg berbanding harga pasaran antara RM8 hingga RM10, manakala manggis dan rambutan dijual RM10 untuk 3kg berbanding harga pasaran lebih RM5 untuk 1kg.

Untuk rekod, tahun lepas sahaja sebanyak 10 tan metrik durian “licin” tidak sampai 2 jam jualan dibuka kepada orang ramai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");