Berita Hari Ini

483 Laporan Polis Isu Kenyataan Hina Nabi Muhammad

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 483 laporan setakat hari ini berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh pemilik akaun Wendy Loong di Facebook.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad, berkata kenyataan berbentuk penghinaan dibuat pemilik akaun itu di Facebook – Kiub Batu Itu Berhala, yang dianggotai kumpulan tertutup.

“Pihak polis mendapati posting (hantaran) yang dibuat oleh Wendy Loong telah dipadam dan polis sudah memohon kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti serta menjejaki pemilik akaun Wendy Loong untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, lapor BH Online.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang komen yang menyentuh sensitiviti agama atau kaum, di mana-mana platform atau rangkaian komunikasi.

“Suka diingatkan, sebagai warga Malaysia, setiap daripada kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk terus mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");