Panasnya Hari Ini

5 Ditahan Bersama Haziq ‘Rapat’ Dengan Seorang ADUN

KAJANG: Polis akan memperluaskan skop siasatan dalam kes penyebaran video seks hubungan sejenis membabitkan bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang berkemungkinan turut membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN di Selangor.

Ini berikutan lima individu lain yang ditahan bersama Haziq Abdullah malam kelmarin dipercayai ada hubungan dengan ADUN berkenaan

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador bagaimanapun berkata, pihaknya memerlukan sedikit masa bagi menyelesaikan kes rumit itu memetik lapor BHarian.

“Ya, siasatan kita menjurus ke arah itu dan kami juga turut meneliti bukti dan maklumat lain dalam melengkapkan kertas siasatan kami.

“Selain itu penumpuan siasatan turut dibuat ke arah mengenalpasti pembabitan dalang utama di sebalik semua konspirasi ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan di Semenyih, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan perlu dilakukan secara berhati-hati disebabkan kes ini membabitkan ahli politik dan tidak boleh dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

“Beri kami ruang dan peluang dalam melengkapkan siasatan selepas pihak pejabat Peguam Negara sudah mengarahkan pihak polis mengemaskini kertas siasatan yang sebelum ini sudah dua kali dihantar.

“Ini kerana siasatan ini perlu dilakukan secara adil dan telus selain memastikan kita tidak mahu orang yang tidak bersalah menjadi mangsa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");