Berita Hari Ini

9 Kilang Di Pasir Gudang Diarah Tutup Sementara – EXCO

PASIR GUDANG: Sebuah kilang diberi perintah tahan operasi (tutup sementara) semalam, menjadikan keseluruhan sembilan kilang menerima arahan itu susulan insiden pencemaran udara di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar, berkata selain lapan perintah tahan operasi, 147 kompaun dan notis sudah dikeluarkan setakat semalam.

Katanya, dua kilang juga sudah diserahkan arahan syor tindakan mahkamah dalam operasi penjejakan dan penyiasatan yang dijalankan.

“Secara keseluruhan, pemantauan berterusan pihak Jabatan Alam Sekitsr (JAS) sudah mengambil tindakan penjejakan dan penyiasatan terhadap 182 premis, meningkat daripada 153 sebelum ini, bagi kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Sebanyak 91 kompaun buangan berjadual dikeluarkan (bertambah 18 kompaun), efluen perindustrian (10 kompaun) dan 46 Notis Arahan (bertambah 35),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khuzzan berkata sehingga tengah malam tadi, tiada pesakit baharu dimasukkan ke dalam wad dan setakat ini keadaan masih terkawal.

“Seramai 31 pelajar dari 11 sekolah mengalami masalah kesihatan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gudang, SK Senibong, SK Kopok, SMK Desa Jaya, SK Taman Pasir Putih, SK Kota Masai 3, SK Pasir Gudang 4, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Penggawa Timur, SMK Pasir Gudang 3 dan SMK Seri Kota Puteri.

“Daripada 31 orang yang mengalami simptom sesak nafas dan muntah, 21 orang dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan saringan dan hanya seorang dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Selain itu, 18 pasukan bantuan awal psikologi yang dibentuk oleh Kementerian Kesihatan masih meneruskan perkhidmatan sokongan psikologi di sekolah yang terjejas lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");