Berita Hari Ini

Ahli BERSATU Boleh Tanding Sebarang Jawatan

PUTRAJAYA: Semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) boleh bertanding mana-mana jawatan pada pemilihan parti itu tahun ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU berkata, tiada halangan untuk ahli parti itu menjadi calon bagi mana-mana jawatan termasuk di peringkat tertinggi, asalkan mereka menjadi ahli berdaftar dan membayar yuran.

Beliau berkata, kepemimpinan BERSATU juga tidak berbincang supaya tiada pertandingan bagi jawatan tertentu, khususnya di peringkat tertinggi.

“Tidak ada cadangan kecuali daripada awak (wartawan),” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di Yayasan Kepimpinan Perdana, petang tadi.

BERSATU yang ditubuhkan tiga tahun lalu dijadual akan mengadakan pemilihan buat kali pertama bagi semua jawatan bermula di peringkat cawangan tahun ini.

Dr Mahathir berkata, BERSATU akan mengadakan mesyuarat khas pada 20 Julai ini bagi meminda perlembagaan parti supaya ahli biasa boleh memilih kepemimpinan cawangan dan bahagian.

“Perwakilan daripada bahagian kemudian akan tentukan pemilihan kepemimpinan tertinggi parti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");