Berita Hari Ini

Ainul Mardhiah Dah Pandai Gosok Mata, Geleng Kepala

ainul mardhiah

KUALA LUMPUR: Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital di London, 10 Jun lalu, semakin cergas.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata anaknya sudah pandai menggosok matanya apabila mulai mengantuk.

“Sekarang, Ainul dah pandai gosok mata kalau dia mengantuk dan akan menggeleng-gelengkan kepalanya sekiranya lampu bilik dimatikan, menandakan dia belum mahu tidur.

“Alhamdulillah hari demi hari kesihatan Ainul bertambah baik dan dia pun semakin cergas,” katanya menerusi laman sosial Facebook, malam tadi, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Menerusi status terbaru, Ahmad Safiuddin turut menyiarkan satu video berdurasi 0.47 saat yang menunjukkan anaknya yang berusia 10 bulan itu, menggenggam kedua-dua tapak tangan serta menghisap jari.

Dia kemudian menangis apabila tapak tangannya diusik.

Ahmad Safiuddin turut memuatkan status berbunyi ‘Semoga membesar dengan baik, anak. Mama dan walid akan sentiasa menjaga amanah dari Allah ini sehingga nafas kami yang terakhir!’

Pada 10 Jun lalu, Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell tumor’ selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram selepas bertarung nyawa selama lima jam.

Baru-baru ini, Ainul Mardihah turut menerima kunjungan pelawat istimewa iaitu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berada di London.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");