Berita Hari Ini

Ainul Mardhiah Pulang Dalam Masa Terdekat

ainul mardhiah

MELAKA: Hampir sebulan selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital di London bagi membuang ketumbuhan di mulutnya, bayi berusia 10 bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin bersama keluarganya dijangka akan kembali ke tanah air dalam masa terdekat.

Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, berkata, dia dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, masing-masing 24, sedang membuat persiapan untuk pulang ke Malaysia selepas berada di United Kingdom (UK) menemani bayi mereka menjalani rawatan membuang ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ di mulut.

“Kami sedang buat persiapan untuk pulang. Insya-Allah akan balik dalam masa terdekat dan berharap semuanya berjalan dengan lancar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ainul Mardhiah yang menjalani pembedahan selama lima jam bagi membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut di sebuah Hospital Kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu dan kini menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya semakin bertambah.

Pembedahan yang membabitkan perbelanjaan mencecah RM1juta itu, berjaya direalisasi sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah Dr Nur Amalina Che Bakri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");