Berita Hari Ini

Ainul Mardhiah Selamat Tiba Di Tanah Air

SEPANG: Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi berusia 11 bulan yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya di London, selamat tiba di tanah air, pagi ini.

Bayi itu bersama kedua-dua ibu bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan Nurul Erwani Zaidi, 23, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 7.15 pagi tadi menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH3 dari London.

Ainul Mardhiah berada di London lebih dua bulan sejak Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani membawanya ke sana pada 25 Mei lalu untuk menjalani pembedahan kanser ‘Germ Cell Tumor’ di mulut.

Penerbangan pulang Ainul Mardhiah dan ibu bapanya ditemani doktor sukarelawan dari Malaysia yang juga Perunding Anaesthesiologist dan Pakar Penjagaan Kritikal Hospital Pakar Avisena, Kol (B) Datuk Dr Jaseemudeen Abu Baker, serta Perunding Anaesthesiologist dan Pakar Perubatan Penjagaan Kritikal Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr Gunalan Arumugam.

Sejurus tiba, Ainul Mardhiah dibawa menaiki ambulans difahamkan terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan dan pemantauan lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");