Membawang Hari Ini

Akal Kurang Sempurna, Tapi Anak Zarina Zainuddin Tetap Bersolat

Umum mengetahui bahawa pelakon, Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar autisme iaitu Azal dan Azil yang dibesarkan sejak dari kecil.

Baru-baru ini, pelakon berusia 48 tahun itu berkongsi sebuah video di laman Instagram yang kelihatan salah seorang anaknya Azal sedang menunaikan solat.

Walaupun ibadah solat merupakan perkara yang tidak wajib bagi mereka, nampaknya Zarina telah memberikan asas didikan agama kepada anak-anaknya.

Menerusi rakaman video berdurasi 41 saat berkenaan, Azal yang berusia 23 tahun itu khusyuk melakukan setiap pergerakan dengan lancar tanpa bantuan ibunya.

Posting tersebut secara tidak langsung menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan syukur dan memuji tindakan Azal itu.

MashaAllah! Aku yang normal pun malas solat

Anak syurga! Semoga ibadah diterima

Anak soleh! Nikmat mana lagi kita dustakan?

Suka tengok dia, tenang je muka!

Walaupun istimewa, dia tetap tunai solat

Sumber : Zarina Zainuddin

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");