Perak Hari Ini

Alukan Ahli Umno, Bukannya Pemimpin Yang Merosakkan Negara

IPOH- Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan tangan terbuka mengalu-alukan penyertaan ahli Umno untuk menyertai Bersatu tetapi bukannya dalam kalangan pemimpin-pemimpin Umno yang telah merosakkan negera ini.

Beliau yang juga Menteri Besar, menambah, parti itu tentunya mengalu-alukan pemimpin yang tidak tahu cerita tetapi benar-benar mendokong perjuangan untuk bangsa, negara dan agama tetapi telah dihijab mata dan telinga oleh pihak-pihak yang sebelum ini.

“Jelas sekali mereka yang telah terbuka mata dengan kepimpinan PM dan menteri-menteri yang telah berusaha gigih bagi mengembalikan negara ini ke landasan yang betul dan diatas kesedaran itu kita patut menerima pendokong-pendokong ini untuk bersatu di bawah parti yang berada di bawah Pakatan Harapan termasuk Parti Warisan,” katanya.

Beliau telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking bagi membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan perindustrian, pelaburan dan perdagangan di peringkat negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Jelas beliau mengenai kenyataan Tun M yang lalu, orang Melayu mestilah pandai berpolitik dan bukannya menginginkan jawatan yang besar semata-mata.

Tambah beliau lagi mengenai pemilihan penyertaan ahli Umno terhadap parti Bersatu, mana-mana keahlian akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti berkenaan, maka semua diserahkan kepada mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");