Perak Hari Ini

Anjur Larian Amal Beri Pendedahan Kesihatan Mulut Kepada Masyarakat

IPOH- Kelab Kebajikan & Rekreasi Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kinta dengan kolaborasi Persatuan Kanser Kanak-Kanak Kami Endah Hospital Permaisuri Bainun (HRPB) telah menganjurkan program larian amal ‘Kinta Miles With Smiles 2.0’ dengan tujuan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan mulut secara keseluruhan.

Program tesebut merupakan program 5KM Colour & Water Charity Run dengan pelbagai pengisian khususnya kepada masyarakat disamping dapat mengelak dan memberi motivasi kepada masyarakat untuk meningkatkan ilmu kesihatan melalui aktiviti riadah.

Dalam pada itu, program tersebut turut bertujuan untuk memberikan peluang kepada masyarakat awam mengenali penyakit kanser dan pelbagai ilmu keselamatan asas melalui pemeran disampaikan dengan lebih berkesan dimana sepanjang program, setiap pertanyaan dari orang awam terhadap ilmu-ilmu tersebut akan dijawab oleh pakar perubatan yang ada.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, A. Sivanesan turut hadir bagi merasmikan majlis penutupan program berkenaan disamping mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 bagi program yang sama pada tahun hadapan.

“Saya amat kagum dengan penglibatan anak muda dalam menjalankan aktiviti yang sihat seperti ini disamping sumbangan amal kepada pihak yang memerlukan khususnya pesakit kanser kanak-kanak,” katanya.

Melalui program tersebut juga, sejumlah cek bernilai RM8,000 telah diserahkan kepada Persatuan Kanser Kanak-Kanak Endah HRPB sejajar dengan objektif kelab untuk melakukan aktiviti kebajikan dengan memberi bantuan kepada badan bukan kerajaan yang dipilih.

Pengerusi Kelab Kebajikan Kesihatan dan Rekriasi Kesihatan Pergigian Daerah Kinta, Dr Zubaidah Ismail berkata, matlamat utama adalah untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan gigi dan kegerdasan diri dimana masyarakat tidak tahu dengan lebih perinci mengenai cara penjagaan gigi yang betul.

Seramai 900 orang peserta telah mengambil bahagian dalam larian amal berkenaan yang mana telah bermula seawal 6.40 pagi dan berakhir sehingga jam 12 tengah hari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");