Panasnya Hari Ini

Anwar Dakwa Ada Sokongan MP Mencukupi Untuk Jadi PM

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau melihat timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai ancaman yang bakal mengahalangnya daripada menjadi perdana menteri.

Malah, katanya, beliau mempunyai sokongan ahli parlimen PKR, Pakatan Harapan dan restu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi perdana menteri seterusnya lapor Mkini.

“Jadi apa isunya?” soalnya kepada pemberita pagi ini ketika ditanya sama ada sarannya meminta Azmin meletak jawatan sekiranya video seks yang dikaitkan dengan dirinya terbukti sahih berkaitan dengan perebutan jawatan perdana menteri.

“Biar ini jelas… ahli parlimen bersama saya. Pendirian Harapan kekal tidak ada perubahan (tentang siapa yang bakal jadi perdana menteri seterusnya). PM dan saya bermesyuarat setiap minggu.

“… Saya ada jumlahnya (MP yang mencukupi), saya mendapat sokongan Harapan dan PM. Jadi tidak adil bagi saya atau Azmin untuk menyatakan sebaliknya,” katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar bersama Anwar di bangunan Parlimen adalah dua ahli parlimen, yang turut menandatangani satu kenyataan bersama sebagai sokongan kepada Azmin.

Kenyataan daripada 22 ahli majlis kepimpinan pusat PKR dan 14 Ahli Parlimen itu mendesak supaya Anwar berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh memecah-belahkan parti.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Mahathir dan beberapa individu yang berkuasa merancang untuk memilih Azmin, yang juga adalah menteri hal ehwal ekonomi, sebagai bakal perdana menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");