Membawang Hari Ini

Artis Kaya Ketika Popular Saja – Jalil Hamid

KEHIDUPAN artis itu ada pasang surutnya, bukan setiap masa mereka berada di puncak kejayaan dan mendapat tawaran berlakon mahupun menyanyi.

Malahan peluang yang ada itu hanya sementara, Sebab itu ada antara mereka menjadikan tempoh popular ini sebagai batu locatan untuk kehidupan lebih cerah pada masa hadapan.

Kita juga sering kali membaca laporan media menceritakan kehidupan artis yang gah di dada-dada akhbar atau media sosial, sebaliknya itu bukanlah kehidupan mereka yang sebenar.

Perkara itu diakui pelakon veteran, Jalil Hamid berkata, kekayaan seseorang artis itu diukur pada zaman popularitinya sahaja, bukan sepanjang masa.

“Artis ini macam harimau, hari ini dia dapat makan kerbau tetapi esok lusa dia belum tentu dapat makan kerbau lagi.

“Bila zaman bertukar, dia sudah tidak mampu tangkap kerbau lagi. Apatah lagi dalam keadaan usia bertambah dan populariti semakin menurun,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Menurutnya, golongan artis kena sentiasa beringat bahawa dunia popular hanya sementara sahaja kerana ia tidak akan kekal.

“Bila dah popular semua benda nak tunjuk… kereta besar, rumah besar, duit banyak pun nak tunjuk dengan orang.

“Bersederhanalah dalam kehidupan dan jangan riak dengan kekayaan yang ada kerana ia tidak akan kekal selamanya,” katanya.

Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu camar yang pulang Aishah berkata, setiap orang mempunyai rezeki sendiri dan berbeza-beza pendapatan.

“Kami pun macam orang lain yang bekerja sendiri, selalunya tiada majikan.

”Jadi, golongan artis kena pandai urus kewangan sendiri dan bijak berbelanja,” katanya.

Dalam pada itu, berlainan nada dengan Mila Jirin yang mempertikaikan tindakan artis yang suka menunjuk-nunjuk di media sosial berkata, tindakan mereka ini akan mengundang persepsi negatif.

Menurutnya, budaya berlumba-lumba untuk mempamerkan kekayaan di media sosial kini semakin parah dalam kalangan artis.

“Saya melihat ramai yang suka menunjuk-nunjuk pakaian mereka, kereta, rumah dan beg tangan mahal mereka di media sosial.

“Untuk apa kita tunjukkan kekayaan pada orang? Adakah ia dapat memberi sumbangan kepada ummah?,”soalnya.

Bekas Juara Akademi Fantasia musim kelima itu berkata, sikap riak dan menunjuk-nunjuk itu dikhuatiri akan memakan diri.

“Dari segi aspek keselamatan amat berbahaya kerana ia akan menyusahkan diri sendiri juga,” katanya.

Ini adalah sebahagian pandangan artis yang pernah mewarnai industri hiburan kita sebelum ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");