Berita Hari Ini

Azmin: Kesetiaan Saya Ada Batasnya

Tanpa menyebut sebarang nama, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata kesetiannya ada batasan dan sedia untuk berdepan dengan pihak “yang pernah dikenalinya”.

Ucapan itu disampaikan ketika Majlis Doa Kesyukuran untuk Mohamed Azmin Ali, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam, malam ini.

“Saya berjanji apa pun serangan yang dilemparkan saya tetap akan bangkit melawan. Biarkan saya sebatang kara.

“Biarkan saya berlawan dengan manusia yang pernah saya kenali sebelum ini. Kesetiaan kita ada batasnya,” katanya kepada lebih seribu hadirin yang menyertai program itu.

Antara pemimpin PKR yang hadir ialah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari; Adun Gombak Setia Hilman Idham; Exco Pulau Pinang, Afif Bahardin; Naib Presiden PKR Tian Chua, Exco Selangor Elizabeth Wong, Menteri Luar Saifuddin Abdullah, Timbalan Speaker Rashid Hasnon dan Khalid Jaafar.

Selain itu Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya dan Khairuddin Abu Hassan, yang dilihat sebagai penyokong setia Mahathir, turut hadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");