Panasnya Hari Ini

Azmin Tidak Hadir Hari Kedua Program Temurapat

PORT DICKSON – Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang dijadualkan menyampaikan ucapan pada hari kedua sesi pemukiman program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR sesi 2018/2021 malam ini, bagaimanapun tidak hadir.

Menurut Bernama, berdasarkan aturcara program, Mohamed Azmin dijadualkan menyampaikan ucapan selaku Timbalan Presiden berhubung sumbangan kepimpinan parti selama 15 minit pada sesi keempat program itu pada Sabtu, yang bermula pukul 8.30 malam.

Bagaimanapun sehingga sesi itu selesai pukul 11.15 malam, beliau tidak kelihatan.

Kelamarin Mohamed Azmin juga tidak hadir semasa ucapan perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, dua Naib Presiden parti yang juga tidak hadir iaitu Zuraida Kamarudin dan Ali Biju.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");