Berita Hari Ini

Azmin, Zuraida, Saifuddin, Amiruddin Antara Tak Tandatangan Resolusi Temu Rapat PKR

PORT DICKSON – Sejumlah 20 ahli dan pemimpin PKR tidak menghadirkan diri dalam program Temu Rapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang berakhir hari ini.

Mereka adalah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; dua Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin, Ali Biju dan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian .

Malah ketidakhadiran mereka juga selaki gus menyaksikan kegagalan untuk menandatangani Resolusi Temu Rapat MPP yang menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR.

Ditanya samada jumlah itu mencerminkan penolakan sokongan terhadap Pressiden PKR, Anwar berkata, media tidak boleh membuat kesimpulan dan parti akan beri masa kepada mereka untuk mempertimbangkannya.

“Jangan buat kesimpulan awal, ini masalahnya. Ini permukiman, yang hadir bincang dan tandatangan.

“Yang tak hadir kita boleh tanya kemudian,” kata Anwar dalam sidang media hari terakhir Temu Rapat MPP PKR, disini hari ini.

Mengulas lanjut, parti akan memberikan masa dan ruang yang secukupnya kepada mereka yang tidak menandatangani resolusi berkenaan dan sedia untuk mendengar alasan mereka pada masa akan datang.

“Saya tidak fikir ada yang boleh pertikai semangat majoriti besar yang hadir. Kalau 120 orang daripada 140, itu jumlah yang besar.

“Tapi beri ruang untuk mereka baca dulu tapi keputusan kita hari ini yang tandatangan adalah mereka yang hadir.

“Saya ini orang yang positif, janganlah gazet yang negatif.
Biar positiflah, beri ruang,” katanya lagi.

Antara yang menandatangani Resolusi menyokong Anwar sebagai Presiden adalah Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; empat Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Xavier Jayakumar, Tian Chua dan Chang Lih Kang.

Juga menandatangani resolusi terbabit adalah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");