Perak Hari Ini

Bandar Pintar: Perak Dalam Landasan Yang Tepat

IPOH: Negeri Perak dilihat berada di dalam landasan yang tepat dalam mempergiatkan usaha untuk merealisasikan sebuah pusat pintar (smart city).

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO, Hasnul Zulkarnain berkata, Program Hebahan Perancangan Bandar Malaysia yang dilakukan pada hari ini merupakan satu langkah yang positif bagi memberi panduan supaya bandar pintar dapat diwujudkan di negeri Perak.

“Ini juga merupakan panduan kearah perancangan, pelaksanaan dan pembangunan yang perlu diikuti bagi merealisasikan misi tersebut.

“Panduan tersebut perlu difokuskan oleh semua agensi pelaksana, pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) terutamanya Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dalam melaksanakan pembangunan bandar pintar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Hebahan Peracangan Bandar Pintar Malaysia Peringkat Negeri Perak di Dewan Azlan Shah, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), hari ini.

Dalam majlis itu juga, Hasnul turut menerangkan mengenai empat teras strategik inisiatif Digital Perak yang segaris dengan hala tuju pembangunan teknologi di negeri Perak iaitu membudayakan kehidupan digital, pemusatan ekonomi digital, digitalisasi kerajaan negeri dan implementasi bandar pintar.

“Selain itu, Rangka Kerja Pembangunan Bandar Pintar Malaysia 2018- 2025 turut dijadikan rujukan untuk pelaksanaan yang sistematik.

“Rangka kerja itu terdiri daripada 7 komponen yang menjadi indikator dalam menilai dan mengukur prestasi bandar kearah mencapai visi sebuah bandar pintar iaitu “smart economy, smart living, smart environment, smart people, smart government, smart mobility dan smart digital insfrastructure”.

“Pelaksanaan bandar pintar ini juga akan menjadi satu solusi untuk membendung dan menangani sebarang isu-isu perbandaran seperti masalah pengangkutan ataupun masalah kemudahan tempat tinggal,” katanya lagi.

Pada perkembangan sama, program hebahan tersebut merupakan satu kerjasama diantara PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa), PLANMalaysia Perak dan juga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");