Rihana Oksana Petra melalui Instagram peribadinya @Rihanapetra berkata, dia berbangga kerana dalam tubuh anak lelakinya yang dinamakan Leon mengalir darah Malaysia.

“Saya akan lakukan apa sahaja untuk membesarkannya (Leon) selayaknya dengan kasih anda semua,” tulisnya hari ini.

“Dalam hidup saya terpaksa menghadapi pelbagi kejahatan, tipu daya dan hasad dengki tetapi anda yakinkan bahawa masih ada kebaikan dalam dunia ini,” jelasnya.

Beliau menyatakan ketika menulis posting itu dia tidak dapat menahan air mata kerana tangisan kegembiraan dan kesyukuran.

Posting itu juga bagi memberitahu pengikutnya usia Leon hari ini genap dua bulan.

Minggu lalu, negara kecoh dengan kisah Oksana dengan Sultan Kelantan yang dikatakan bercerai dengan talak tiga.

Penceraian itu turut disahkan oleh peguam Sultan Muhammad, Koh Tien Hua yang memaklumkan pasangan terbabit bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah lapor Kosmo Online.