Sukan Hari Ini

Barcelona Ikat Abe Empat Tahun

BARCELONAmengumumkan mereka melengkapkan perjanjian menandatangani pemain sayap muda Jepun, Hiroki Abe daripada kelab Liga-J, Kashima Antlers, semalam.

Kelab Catalan itu berkata, mereka membayar 1.1 juta euro (RM5 juta) bagi mendapatkan pemain berusia 20 tahun itu dan bakal beraksi bersama skuad simpanan, Segunda B.

Barcelona berkata, Abe mengikat kontrak empat tahun dengan klausa pembelian 40 juta euro (RM184 juta) yang boleh meningkat 100 juta euro (RM462 juta) jika dia diserap masuk ke skuad utama.

“Abe dianggap bintang masa depan Jepun yang bakal mencipta nama menjelang Sukan Olimpik 2020,” menurut laman web kelab lapor Harian Metro.

Abe yang mencipta penampilan pertama di Copa America bulan lalu beraksi di mana-mana bahagian serangan tetapi kebiasaannya di posisi kiri, menurut Catalan.

Dia muncul pemain muda terbaik Liga J 2018 dan tampil dalam kedua-dua aksi timbal balik ketika Kashima menjuarai Liga Juara-Juara Asia pada musim yang sama. Abe beraksi sebanyak 79 kali bersama Antlers sejak tiga musim lalu dan menjaringkan 10 gol.

Sebelum ini, Real Madrid turut menyambar seorang lagi pemain remaja Jepun bulan lalu, Takefusa Kubo atau gelarannya, ‘ Messi Jepun’, daripada FC Tokyo.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");