Berita Hari Ini

Bekas Pegawai Polis Tarik Diri Daripada Pasukan Khas Siasat Kehilangan Paksa

PETALING JAYA: Bekas ketua bahagian perundangan polis Mokhtar Mohd Noor menarik diri secara sukarela daripada Pasukan Petugas Khas (PPK) bagi menyiasat kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat, selepas seminggu dilantik dan menerima kritikan meluas.

Kementerian Dalam Negeri berkata keputusan itu dibuat atas rasa tanggungjawab Mokhtar untuk memelihara integriti dan ketelusan PPK ekoran tindakan pihak tertentu mempersoalkan kesesuaiannya dalam pasukan tersebut lapor FMT.

“Beberapa pertubuhan bukan kerajaan mempersoalkan pelantikan beliau sebelum ini kerana beliau dipercayai terlibat secara langsung dalam kedua-dua kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri bin Che Mat.

“Dakwaan ini tidak benar sama sekali kerana beliau bukan merupakan saksi atau pegawai yang menyiasat kedua-dua kes ini,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");