Berita Hari Ini

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Meninggal Dunia

KUCHING: Bekas timbalan menteri tenaga, teknologi hijau dan air James Dawos Mamit meninggal dunia hari ini pada usia 70 tahun.

Mamit yang menderita kanser hidung selama beberapa tahun, meninggal dunia di rumahnya di Taman Stutong, Tabuan Jaya, kira-kira jam 12 pagi lapor FMT.

Beliau meninggalkan isteri, Christine Dawung Narub dan 3 anak lelaki.

Mamit yang menjadi ahli Parlimen selama 4 penggal di Mambong yang kini dikenali sebagai Puncak Borneo, memulakan kerjaya politiknya pada 1999.

Pemimpin veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu itu dilaporkan memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya umum lepas kerana masalah kesihatan.

Dalam kiriman Facebook, bekas menteri persekutuan Maximus Ongkili menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Mamit.

“Seingat saya, dia seorang yang bijak, lantang bersuara dan sentiasa bersedia memberi cadangan,” katanya sambil menambah Mamit dihormati masyarakat dan komited terhadap kerjanya.

“Dia juga seorang pejuang, dan saya boleh katakan dia berjuang dengan baik.

“Saya tidak akan melupakan persahabatan kami. Semoga Tuhan memberkati rohnya. Berehatlah sahabatku,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");