Berita Hari Ini

Beritahu Jika Ada Ijazah Tak Diiktiraf Kerajaan

ISTANBUL: Kerajaan sedia menyiasat dan menilai semula akreditasi status ijazah di universiti sesetengah negara jika benar ia tidak diiktiraf di Malaysia.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pelajar perlu memberitahu apakah betul ijazahnya itu tidak mendapat pengiktirafan.

“Kita perlu bagi tahu kepada kerajaan supaya kita boleh hantar pasukan yang akan menilai status ijazah yang dikeluarkan oleh universiti berkenaan.

“Biasanya kita mempunyai satu badan penilaian untuk tentukan sama ada universiti itu sudah sampai tahap yang ijazah mereka boleh diterima oleh kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal-jawab bersama diaspora Malaysia di Turki pada majlis jamuan bersama Perdana Menteri di sini malam tadi, lapor BH Online.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah bertindak sebagai moderator pada majlis itu.

Hadir sama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Liking.

Dr Mahathir yakin ijazah beberapa universiti di Turki diiktiraf kerajaan Malaysia kerana ramai ibu bapa menghantar anak belajar di sini.

Menjawab soalan lain, beliau berkata ilmu pengetahuan amat penting supaya negara tidak selamanya bergantung kepada kepakaran orang lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");