Perak Hari Ini

Biar Lembaga Disiplin Jalan Tugas Terhadap Farhash- Zuraida

IPOH- Zuraida Kamaruddin menegaskan bahawa biarlah lembaga disiplin yang menjalankan tugas mereka ekoran daripada tindakan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang melemparkan perkataan jelik kepada Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, beliau mengetahui perkara tersebut melalui satu keterangan dimana lembaga disiplin akan memanggil mereka bagi mendapatkan keterangan di atas kenyataan yang mereka buat terutamanya kepada Farhash yang baru keluar daripada tahanan reman.

“Seperti kenyataan yang lalu, saya menyifatkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Farhash disebabkan keadaannya yang tidak stabil sehinggakan sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa mengadakan lawatan kerja di Eadeco (Factory 2) iaitu kilang pengeluar barangan bilik tidur di kawasan Persiaran Perindustrian Kanthan 1, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain katanya, isu pencemaran yang berlaku di negara disebabkan kurangnya penekankan kepada aspek penguatkuasaan.

“Jika penguatkuasaan tidak dilaksanakan dengan baik sama ada ianya dari segi pencemaran sampah, kilang-kilang kimia, pembuangan sampah dari orang awam atau sebagainya, isu ini akan tetap berlarutan tetapi jika penguatkuasaan dijalankan dengan baik, isu-isu sebegini dapat kita kawal dan kejadian seperti ini tidak akan tinggi,” katanya.

Tambah beliau, kajian semula dan penyelarasan perlu dijalankan bagi menangani masalah dan kes pencemaran yang berlaku di Johor buat kali yang kedua.

“Mungkin ada suatu longgokkan dari kilang-kilang kimia yang banyak di dalam kawasan tersebut di mana perkara ini perlu dikaji semula bagi mengatasi masalah ini supaya tidak akan berulang lagi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");