Berita Hari Ini

Biar Saya Hadapi 87 Pertuduhan, Ia Tak Ganggu UMNO – Zahid

KUALA LUMPUR – “Soal 87 pertuduhan yang dikenakan kepada saya biar (saya) hadapi secara peribadi di mahkamah. Ia tak libatkan UMNO sebagai entiti politik.”

Itu kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menganggap ia tidak menganggu tugasnya sebagai Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datuk.

“Saya serahkan kepada barisan peguam saya untuk uruskan. Tentunya pertuduhan itu tak halang saya jalankan tugas selaku Presiden UMNO dan Ahli Parlimen.

“Saya seru rakan-rakan di peringkat negeri, bahagian dan cawangan, buang yang keruh ambil yang jernih ibarat biduk lalu kiambang bertaut,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahmad Zahid berharap berharap agar ahli UMNO di pelbagai peringkat untuk kekal bersatu dibawah kepimpinannya.

“Hari ini saya telah berada di pejabat Presiden UMNO di Putra World Trade Centre, saya juga sudah bertemu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, kami telah membincangkan beberapa tugas yang akan kita laksanakan bersama.

“Saya telah mengambil keputusan bahawa persetujuan semua Ahli Parlimen pembangkang yang dulunya sewaktu saya bercuti telah meletakkan Ismail Sabri sebagai ketua pembangkang kekal.

“Ini bererti buat masa ini ada pembahagian tugas antara saya, Mohamad (Hasan), Ismail Sabri dan Mahadzir sebagai Ketua Whip di kalangan pembangkang,” jelasnya.

Menurut Ahmad Zahid, keutamaannya sekarang ini adalah untuk melihat UMNO terus diterima rakyat dan relevan dalam politik.

“Biar apa pun terjahan isu, tamparan dan pelbagai permasalahan sama ada kepada parti dan kepada kepimpinan. Kami (UMNO) akan hadapi semua perkara itu secara kolektif,” katanya.- MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");