Kata Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, perceraian yang berlaku adalah di atas persetujuan bersama dan tiada campur tangan keluarga dia mahupuan Mawar.

“Ramai yang mengecam ibu dan keluarga saya sebagai punca kami bercerai selepas Mawar mengeluarkan kenyataan berkorban kasih sayang demi keluarga Fizo Omar.

“Saya sendiri tidak pasti tentang maksud kenyataannya tetapi saya tahu Mawar orang yang baik dan tidak akan memburukkan mak mentua sendiri,” jelasnya dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram.

Tambah Fizo, hubungan Mawar dan ibunya baik malah tidak mempunyai apa-apa masalah biarpun selepas perceraian berlaku.

“Cukup-cukuplah membuat kesimpulan sendiri, kalau betul sayangkan kami berdua, doakanlah yang baik-baik untuk saya dan Mawar,”ujarnya lagi.

Fizo dan Mawar yang berkahwin pada 2013 dan memiliki seorang cahaya mata, Wan Maryam bercerai minggu lalu akibat tiada persefahaman dalam rumah tangga lapor Kosmo Online.