Perak Hari Ini

Cukai Gula: Usahawan IKS Terkesan

IPOH: Perlaksanaan cukai gula ke atas minuman bergula yang bermula 1 Julai antara langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi penyakit diabetes dan dijangka akan memberi impak yang besar kepada perniagaan yang berasaskan produk bergula

Pengarah urusan Latifah Omar Groups Sdn Bhd, Fazila Yusop berkata, selama 20 tahun menjalankan produk minuman, beliau menerima segala cukai yang telah ditetapkan namun kini dengan cukai baru iaitu cukai gula, ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perniagaan yang dijalankan.

“Kami menerima segala cukai yang ditetapkan antaranya GST dan SST kerana bagi kami cukai sebegitu memang sesuai dikenakan tetapi kini wujud pula cukai baru iaitu SSB iaitu cukai untuk minuman bergula dan ia amat memberi kesan kepada kami golongan usahawan IKS.

“Cukai ini dilhat sebagai sesuatu yang tidak relevan dan tidak sistematik, sebagai contoh sebelum kami ingin mengeluarkan sesuatu produk itu, kami telah dikenakan cukai terlebih dahulu dan selepas itu kami perlu menjalani pelbagai proses dan dari segi masa ia amat memberi kesan kepada kami.

“Selain itu, bila harga dh jadi dua cukai (SST dan SSB) keuntungan yang kami perolehi itu akan berkurangan dan jika kami meletakkan harga yang tinggi pada produk, pembeli pula tidak mahu membeli produk kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media Majlis Potluck Raya Usahawan Negeri Perak, di MARA Halal Park, Tambun, hari ini.

Ujarnya lagi, disebabkan itu juga terdapat beberapa usahawan-usahawan yang terpaksa menghentikan produk pengeluaran mereka kerana tidak mahu menghadapi kerugian yang dialami.

“Pada pendapat saya, kita boleh mewujudkan sistem atau mekanisme yang lebih efektif sebagai contoh kita gabungkan dua cukai tersebut menjadi satu cukai kerana untuk cukai SSB ini kami akan dikenakan 40 sen per liter ke atas dua kategori minuman bergula yang dikilangkan dalam bentuk pembungkusan sedia diminum dengan nilai ambang kandungan gula dan ia memberikan kami kerugian.

“Kami juga ada menerima cadangan untuk mengurangkan kandungan gula dalam produk kami akan tetapi ia mungkin akan menyebabkan kelainan rasa itu akan berubah dan bila rasa berubah mungkin dia akan jadi tidak sedap dan pembeli tidak mahu membeli produk kami lagi.

“Jika kita naikkan harga pula, kita takut pembeli pula tidak mahu membelinya dan kuasa membeli makin berkurangan disebabkan harga yang mahal,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");