Berita Hari Ini

D7 Bukit Aman Serbu Premis Tawar Khidmat Pelacuran

KUALA LUMPUR: Polis menahan 20 wanita dan seorang mak nyah disyaki bekerja sebagai pelacur di premis kediaman dan kaki lima Wisma Indah, Jalan Tun Razak, di sini malam tadi.

Memetik laporan BH Online, turut ditahan, lima lelaki termasuk tiga warga asing disyaki pekerja premis berkenaan.

Serbuan jam 8.30 malam itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman.

Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd. Hedzir Hussin, berkata premis terbabit diubahsuai bagi menjalankan kegiatan pelacuran yang mensasarkan warga asing yang bekerja di kawasan berhampiran.

“Dalam serbuan itu, seramai 12 wanita warga China ditahan, selain empat wanita Vietnam, dua wanita Indonesia, seorang wanita tempatan dan seorang mak nyah warga Indonesia, dengan kesemuanya berusia antara 24 hingga 50 tahun.

“Lelaki pekerja premis yang ditahan adalah dua lelaki Bangladesh, dua warga tempatan dan seorang warga Indonesia,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, di sini.

Mohd Hedzir ketika mengulas lanjut, berkata pelanggan akan ditawarkan khidmat pelacur di kaki lima Wisma Indah sebelum dibawa ke bilik di tingkat empat.

“Bayaran dikenakan adalah antara RM50 hingga RM90 untuk sekali langganan. Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B dan 372 (1)(f) Kanun Keseksaan, 39b Peraturan Imigresen dan Seksyen 6 (1)(c) dan 15(1) Akta Imigresen,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");