Berita Hari Ini

Dengar Pendapat Kami Sebelum Beri Kenyataan, Ahli PKR eritahu Anwar

PORT DICKSON: Ahli PKR di majlis temu rapat hari ini meminta presiden mereka, Anwar Ibrahim mendengar pendapat mereka terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Ini berlaku selepas mesyuarat tertutup hampir 3 jam antara pemimpin PKR yang bersekutu dengan Anwar dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali.

Antara pemimpin PKR yang hadir ialah Naib Presiden Tian Chua, Xavier Jayakumar dan lain-lain seperti Fuziah Salleh, Johari Abdul dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Anwar berkata sehubungan itu, beliau hanya akan mengeluarkan satu kenyataan esok.

“Ahli beritahu saya untuk tidak memberi apa-apa kenyataan hari ini dan saya perlu mengikut permintaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup itu.

Difahamkan Tian Chua, yang dikatakan bersekutu dengan Azmin, memberikan pandangannya semasa mesyuarat itu.

Anwar ditanya mengenai ucapan pembukaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad malam tadi di mana beliau meminta ahli-ahli mengetepikan perbezaan antara mereka dalam gabungan itu kerana sebarang perebutan kuasa boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap gabungan tersebut.

Mahathir menambah ini akan menyebabkan PH kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Anwar berkata Mahathir tidak merujuk kepada PKR secara khusus tetapi kepada PH pada umumnya.

“Apa yang beliau katakan adalah PH perlu bekerjasama,” kata Anwar.

Pertelangahan dalam PKR melebar selepas Anwar menyeru Azmin meletak jawatan jika video seks sejenis yang menyasarkanya terbukti sahih.

Haziq mengaku beliau adalah salah seorang lelaki dalam video seks gay, dan menamakan Azmin sebagai individu ke-2. Azmin menafikan dakwaan ini dan mengatakan ia adalah usaha untuk memusnahkan masa depan politiknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");