Perak Hari Ini

Deretan Lot Rumah Kedai Di Jalan Jubilee Park Terbakar

IPOH- Sebanyak 12 buah lot kedai yang terletak di Jalan Jubilee Park dilaporkan musnah dalam satu kebakaran yang berlaku malam tadi.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Khairul Jamil berkata, pihaknya telah menerima panggilan pada jam 8.04 malam dan jentera tiba di lokasi pada jam 8.11 malam.

“Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 9.45 malam dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.15 malam.

Katanya, kebakaran berkenaan melibatkan lot kedai bernombor 28 hingga 40 yang berada di tingkat atas bangunan berkenaan dan lot kedai di bahagian bawah tidak terbakar.

Tambah beliau, punca kebakaran sebenar dan aggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Namun menurut orang awam, punca dikatakan bermula dari lot kedai yang melibatkan pusat snooker.

“Setakat ini tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran malam ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");