Berita Hari Ini

Dr M: Pendirian Saya Tak Bercanggah Isu Video Seks

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menafikan pendiriannya bercanggah berhubung isu seks membabitkan pemecatan anggota kabinet pada era pentadbirannya pada 1998 dan video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri baru-baru ini.
Melalui catatan di laman blognya, Mahathir berkata beliau tidak mempengaruhi pemecatan Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri ketika itu, sebaliknya ia diputuskan mahkamah.

“Tidak ada percanggahan. Tindakan yang diambil pada tahun 1998 tidak berdasarkan klip video.

“Mahkamah telah membuat keputusan itu. Video-video yang berikutnya tidak mempengaruhi mahkamah atau orang lain, tidak mempengaruhi saya,” kata Mahathir.

Mahathir berkata, penyebaran video intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali jelas mempunyai agenda untuk membunuh karier politik individu tertentu.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");