Perak Hari Ini

Exco Difitnah Kerana Tidak Luluskan Projek?

Pegawai Khas bagi Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Ahmad Adenan Said menafikan khabar angin mengenai isu meluluskan kilang ais yang mengaitkan exco berkenan.

Sebelun ini, seorang Ahli Majlis Daerah Kerian, Beh Yong Kean mendakwa exco berkenaan telah membocorkan kertas minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk mendapatkan habuan daripada dua syarikat berkaitan pertanian.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan sekeras-sekerasnya dan Ahmad Adenan menyifatkan ia sebagai satu fitnah berdasarkan andaian.

“Ini adalah satu fitnah untuk menjatuhkan yb exco kerana tidak meluluskan permohonan tanah-tanah yang beliau mohon bersama ketua cabang.

“Malah, yb exco juga tidak meluluskan kilang ais di Tanjong Piandang kerana melanggari garis panduan. Kilang ais tersebut dalam proses untuk diambil tindakan, atas alasan tersebut Yong Kean mengatur langkah bagi mengadakan fitnah dan andaian.

Jelas Ahmad Adenan lagi, kuasa meluluskan sesuatu projek adalah tertakluk kepada kerajaan negeri dan bukannya di tangan exco terbabit.

Sehubungan itu katanya, dakwaan yang menyatakan exco berkenaan cuba memulakan rundingan untuk mendapatkan komisyen disifatkan sebagai satu fitnah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");