Panasnya Hari Ini

Exco Dituduh Rogol: DAP Tunggu Siasatan Polis – Lim

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau menunggu polis melengkapkan siasatan terhadap exco Perak, Paul Yong yang dituduh merogol pembantu rumahnya.

“Kita akan tunggu hasil siasatan daripada pihak polis.

“Jadi marilah kita tunggu sebelum keputusan dibuat berpandukan kepada hasil siasatan polis,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Kata Lim beliau telah berbincang dengan kepimpinan parti dan kerajaan negeri mengenai hal ini lapor MKini.

“Saya telah meminta DAP Perak menguruskan perkara ini dan memberikan laporan kepada saya.

“Pada masa sama, saya telah pun berbincang dengan Menteri Besar Perak (Ahmad Faizal Azumu),” katanya lagi.

Yong, 49 ditangkap pihak berkuasa pada 9 Julai lalu selepas pergi ke balai polis dan telah dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Terdahulu, Yong yang juga Adun Tronoh menafikan merogol bekas pembantu rumahnya, berkata “terkejut dan keliru” dengan tuduhan berkenaan.

Adun DAP itu berkata beliau telah memberi kerjasama penuh kepada polis dan membawa saksi untuk membantu siasatan untuk menunjukkan dakwaan tersebut adalah fitnah.

Sementara itu, Ketua Wanita MCA Heng Seai Kie mendesak penggantungan serta-merta Yong daripada tugas-tugas exco.

“Exco Perak daripada DAP yang telah ditangkap bagi membantu penyiasatan kerana telah melakukan serangan seksual terhadap pembantu rumahnya warga Indonesia itu patut bercuti atau digantung tugasnya oleh mengteri besar Perak sehinggalah siasatan lengkap,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Anggota exco Pemuda MIC A Sri Murugan turut menggesa Yong digantung sementara siasatan berlangsung.

“Jika tuduhan terhadapnya terbukti benar, dia juga patut mengosongkan kerusi DUN,” katanya.

Ketua Polis Perak Rozarudin Husain berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada pengadu warga Indonesia berusia 23 tahun, yang mendakwa kejadian berlaku di rumah Yong di Meru, Ipoh.

Dia juga telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan kini diletakkan di tempat yang selamat sementara siasatan berjalan, kata Rozarudin.

Kes disiasat menigkut Seksyen 376 Kanun Kesalahan atas kesalahan rogol.

Susulan dakwaan itu, majlis angkat sumpah exco kerajaan Perak yang dijadual Khamis ditangguh ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");