Perak Hari Ini
Like

Exco Perak: Saya Kongsi Maklumat Kerajaan Atas Kapisiti Wakil Rakyat

July 14, 2019
347 Views
0 Comments
2 minutes read
Exco Perak: Saya Kongsi Maklumat Kerajaan Atas Kapisiti Wakil Rakyat

Perkongsian pelbagai maklumat dan data kerajaan negeri dibuat atas kapasiti sebagai wakil rakyat, demikian tegas Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamahri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau berkata perkongsian itu penting untuk menyelesaikan pelbagai aduan, serta masalah rakyat di kawasan yang diwakilinya.

“Saya dan pegawai-pegawai pusat khidmat Adun setiap minggu atau bulan akan bermesyuarat, banyak dokumen serta surat-surat kerajaan yang dibincangkan, untuk menyelesaikan pelbagai masalah.

“Saya kongsi pelbagai maklumat dan data dengan pegawai-pegawai khas, serta kakitangan pejabat atas kapasiti sebagai wakil rakyat dalam urusan rasmi,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis terhadap Ahli Jawatankuasa PKR Parit Buntar, Beh Yong Kean di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kerian di Bagan Serai, hari ini.

Abdul Yunus tiba dengan beberapa pegawai khasnya di IPD Kerian pada pukul 10.20 pagi dan selesai membuat laporan polis pada 11.20 pagi.

Semalam, Beh yang merupakan bekas pegawai khas Abdul Yunus, membuat laporan polis di IPD Ipoh mendakwa exco berkenaan telah membocorkan kertas minit Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, bagi mendapatkan komisen daripada dua syarikat pertanian.

Menjelas lanjut, Abdul Yunus berkata sebagai wakil rakyat sejak tiga penggal, serta kini menjadi exco, gaji dan elaun yang diterima adalah mencukupi.

“Tahun 2009 saya tolak rasuah puluhan juta ringgit untuk melompat parti. Amat pelik jika saya ingin mengambil rasuah beberapa ratus ribu seperti yang dituduh sekarang,” katanya.

Tambah Abdul Yunus, beliau akan membuat laporan kepada Lembaga Disiplin PKR mengenai penglibatan beberapa individu yang melemparkan fitnah, serta tuduhan palsu kepadanya.

Katanya beliau juga akan membuat laporan rasmi kepada Kementerian Pendidikan, mengenai seorang guru yang bersubahat untuk menjatuhkannya, serta menggugat kestabilan kerajaan negeri.

– Bernama

Komen & Pendapat

Comments are closed.