Perak Hari Ini

FAMA Fest 2019 Perluas Produk Agromakanan Tempatan

IPOH: Dengan bermatlamatkan untuk memperluaskan produk Agromakanan tempatan, Fama Fest kembali lagi bermula pada 25 hingga 29 Julai di Pusat Transformasi Luar Bandar RTC Gopeng di sini.

Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Idris Tahir berkata penganjuran program kali ini adalah sebagai platform kepada petani dan usahawan dalam memasarkan produk botani mereka.

“Program ini berlatar belakangkan untuk memperluas pasaran produk terutama sekali di negeri ini dan meningkatkan pendapatan pengeluar serta memastikan produk-produk pertanian industri asas tani tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibeli oleh pengguna.

 

“Objektif penganjuran program ini adalah untuk menonjolkan peranan dan aktivit FAMA serta jabatan-jabatan yang berada di bawah agensi jabatan pertanian kepada masyarakat,’ katanya dalam satu sidang media hari ini.

Selain itu katanya, perkara ini adalah bertepatan dan selaras dengan dasar Agromakanan Negara iaitu bagi menjadikan industri agromarket yang berdaya saing dan mampan malahan Fama juga memainkan peranan untuk mentransformasikan sektor pemasaran pertanian ke arah yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing.

“Usaha kerjasama strategik untuk membangunkan dan mengembangkan pasaran yang sedia ada disamping gerai jualan pelbagai produk tempatan akan di sediakan di Fruits, Flowers, Food Fiesta (FamaFest) 2019.

“Untuk pengisian program pada tahun ini berkonsepkan memberi pendedahan kepada usahawan dalam mempertingatkan nilai keusahawanan dan daya saing serta menarik minat usaha dalam bidang ini,” katanya.

Tambah beliau, aktiviti utama penganjuran kali ketiga ini adalah jualan buah-buahan, sayur- sayuran, ulam-ulaman, produk florikultur , lanskap, produk asas tani yang melibatkan usahawan luar negeri Perak.

“Antara tarikan jualan adalah produk makanan popular yang mana pada tahun ini kita memperuntukan sebanyak 25 lot yang mana 15 lot adalah dari negeri Perak disamping sebanyak 12 ‘foodtruck’ sebagai tambahan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");