Perak Hari Ini

‘Fresh Pinji’ Didik Murid Tingkat Kesedaran Terhadap Pembuangan Sampah

IPOH- Pusat Komuniti Adun Pasir Pinji dengan kerjasama dari kerajaan dan swasta telah menjalankan satu program untuk menanam kesedaran dikalangan anak-anak mengenai kepentingan sistem perparitan bagi mengatasi masalah banjir.

Adunnya, Howard Lee Chuan How berkata, program “Flood Resilience Starts Here” (Fresh) 2019 dilaksanakan sebagai langkah pertama dalam mengawal serta membanteras masalah banjir kilat secara keseluruhan di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan berkata, agenda program tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam diri masyarakat mengenai persepsi terhadap konsep perparitan atau penyaliran kerana masyarakat memikirkan bahawa longkang atau parit adalah tempat untuk membuang sampah.

“Sudut pandangan anak-anak perlu diubah kerana hakikat sebenar fungsi longkang adalah untuk menyalurkan serta membenarkan air untuk disalurkan ke tempat yang sepatutnya.

“Kita cuba menyelesaikan masalah ini diperingkat akar umbi yang mana program ini adalah projek perintis dan akan menjadikannya sebagai salah satu cara untuk digunakan pada masa akan datang,” katanya dalam satu sidang media di SJKC Pasir Pinji 1, hari ini.

Selain itu katanya, program di bawah kerajaan negeri berkenaan adalah untuk mencungkil bakat dan mengembleng tenaga dari seluruh lapisan mayarakat khususnya anak-anak belia untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Dengan kerjasama Axiata Young Talent Programme, mereka telah diberikan tugas untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan usaha mereka sendiri secara keseluruhan yang mana pemilihan strategi memasang perangkap sampah telah digunakan sebagai satu penyelesaian masalah.

“Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) turut sama hadir bagi memberi pengiktirafan terhadap langkah pertama tersebut walaupun mereka sendiri dihujani dengan kepelbagaian idea dalam menyelesaikan masalah di peringkat masyarakat.

“Dengan peruntukan kawasan sebanyak RM3,000, pemasangan keseluruhan perangkap sampah telah siap dipasang berdekatan kawasan sekolah tersebut, namun pihak MBI dan JPS sendiri akan memantau perkembangan kawasan berkenaan bagi melihat sendiri sama ada langkah tersebut berkesan ataupun tidak,” katanya.

Seramai 250 orag murid dari SJKC Pasir Pinji telah diberikan pendedahan awal menerusi program berkenaan malahan ditekankan supaya sentiasa mengekalkan benda hidup untuk terus hidup dihabitatnya tanpa permasalahan lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");