Membawang Hari Ini

Gagal Dapat Permit, Batal Temui Peminat Saat Akhir

Acara bertemu peminat penyanyi Korea Selatan, 2019 Kim Jae Hwan Fanmeeting MIN:D in Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung jam 6 petang hari ini di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam dibatalkan saat-saat akhir.

Penganjur Macpiepro menerusi kenyataan rasminya memaklumkan pembatalan itu disebabkan permit untuk acara berkenaan tidak diluluskan.

“Dengan penuh kesal, kami mengumumkan 2019 Kim Jae Hwan Fanmeeting MIN:D in Kuala Lumpur dibatalkan disebabkan kami dimaklumkan permit untuk konsert ini tidak diluluskan.

“Kami amat kesal dengan pengumuman saat akhir ini disebabkan sudah sedaya upaya mendapatkan permit berkenaan. Bagaimanapun, usaha kami gagal.

“Wang akan dikembalikan sepenuhnya kepada peminat,” demikian pengumuman itu.

Penyanyi itu sepatutnya dijadualkan untuk mengadakan acara bertemu peminat sulungnya selepas bergerak solo dalam karier seninya.

Kim Jae Hwan yang juga dikenali sebagai Jaehwan dalam kalangan peminatnya di Korea Selatan kini bernaung di bawah syarikat pengurusan Swing Entertainment.

Populariti Kim Jae Hwan mula meningkat apabila dia meraih tempat keempat menerusi rancangan realiti survival akhir, ‘Produce 101 Season 2’ terbitan Mnet.

Sewaktu pembabitan Jaehwan dalam rancangan terbabit, penyanyi itu masih menganggotai Wanna One sehinggalah kumpulan itu dibubarkan pada 27 Januari lalu.

Sejak kumpulan Wanna One dibubarkan, Jaehwan mula fokus pada debut solonya dan menulis lirik lagu sendiri. Album solo sulung Jaehwan, ‘Another’ dilancarkan pada 20 Mei lalu lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");