Perak Hari Ini

Hospital Pantai Ipoh Anjur Program Kempen Kesedaran Kesihatan Untuk Golongan Lelaki

IPOH: Bersempena dengan sambutan Hari Hepatitis Sedunia, Hospital Pantai Ipoh mengadakan acara kempen kesedaran kesihatan ‘Healthy Families, Healthy Lives’ di Pasaraya Aeon Kinta City, di sini, hari ini.

Difahamkan antara pengisian program yang berlangsung sehingga jam 5 petang ini, ialah ujian saringan kesihatan lelaki yang ditawarkan secara percuma.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ipoh, Chong Siet Fong inisiatif tersebut diambil sebagai tujuan mahu memberi kesedaran kepada umum khususnya golongan lelaki terhadap masalah kesihatan seperti Hepatitis, kanser prostat dan sebagainya.

Selain itu katanya pada program tersebut penganjur turut memberi peluang pengunjung untuk menjalani ujian uroflow ataupun ujian aliran kencing.

“Perkara seperti masalah kesihatan untuk golongan lelaki jarang diperkatakan. Kerana itu kita menganjurkan program sedemikian,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya walaupun pelbagai program dan tanggungjawab sosial korporat telah dianjurkan Hospital Pantai Ipoh namun penganjuran kempen kesedaran kesihatan yang memfokuskan kepada golongan lelaki seumpama itu adalah julung kali diadakan.

“Pada hari ini kita juga mengadakan program kesihatan untuk kanak-kanak dan wanita,” ujarnya.

 

Selain itu Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga Hospital Pantai Ipoh, Dr Eric, berkata kebanyakan golongan lelaki tidak sedar bahawa mereka mempunyai masalah kesihatan dan tidak merujuk kepada pakar.

Jelasnya separuh daripada golongan lelaki yang mencecah usia 60 tahun dan ke atas adalah gologan yang berisiko menghidapi penyakit seperti kanser prostat.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh yang hadir merasmikan program ketika ditemui berkata, penganjuran kempen kesedaran kesihatan seumpama itu adalah suatu inisiatif yang baik.

Selain itu ujarnya kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri juga giat dalam usaha mempertingkatkan kualiti kesihatan selain memperkasakan kemudahan kesihatan kepada golongan B40.

Untuk rekod, Di Malaysia, kadar notifikasi Hepatitis B menunjukkan peningkatan dalam masa lima tahun kebelakangan ini iaitu daripada 12.94 orang bagi setiap 100,000 penduduk pada 2014, kepada 14.52 orang bagi setiap 100,000 penduduk pada 2018.

Bagi Hepatitis C pula, dianggarkan sebanyak 3,000 kes jangkitan baru dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada setiap tahun.

Pada tahun 2018, sebanyak 2,842 kes baru Hepatitis C telah dilaporkan dengan kadar notifikasi 8.77 bagi setiap 100,000 penduduk.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");