Perak Hari Ini

Howard Tarik Balik Istilah Referendum

IPOH – ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How menarik semula istilah referendum yang digunakannya berhubung proses pembinaan dan penambahbaikan Pasar Awam Pasir Pinji baru-baru ini.

Howard Lee yang juga Exco Pembangunan Belia dan Sukan Perak berkata, istilah berkenaan nyata bukan istilah sebenar bagi menggambarkan undi pungutan suara daripada masyarakat setempat berhubung pembinaan serta penambahbaikan pasar berkenaan.

Menurutnya, istilah yang sebenarnya adalah kajian awam terbuka (public open survey) yang secara keseluruhannya menggambarkan mengenai suara rakyat berhubung pembinaan serta penambahbaikan pasar berkenaan.

“Saya tarik balik istilah referendum, saya mohon maaf kerana gunakan istilah yang tidak tepat sedangkan ia adalah mengenai pendapat masyarakat setempat. Apa pun, kita akan tetap teruskan dengan kehendak rakyat untuk bina semula pasar berkenaan.

“Cuma kita akan adakan perbincangan mengenai penyediaan tapak pasar ganti (sementara),” katanya pada sidang media Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Serbaguna Majlis Sukan Negeri (MSN) di sini hari ini.

Sementara itu Howard berkata, pihak Pemuda Harapan menyokong undi 18 untuk dilaksanakan di negara ini dan perkara itu sebenarnya turut mendapat sokongan daripada pembangkang.

“Isu undi 18 ini bukan baru, tetapi sudah pun disuarakan sebelum ini oleh pihak pembangkang (dahulu kerajaan), namun ada yang kata undi 18 ini berikan kegusaran pada kerajaan PH, tetapi saya tak nak terlibat dengan perdebatan itu.

“Bagi saya, kalau di usia 18 tahun, seseorang itu boleh mengangkat senapang, kenapa pula dia tidak boleh untuk pangkah dan memilih kerajaan yang dia suka?” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");