Sukan Hari Ini

Idam Cantas Abang

SELAIN diberi tanggungjawab mengemudi benteng Perak dalam aksi final Piala FA malam ini, kapten skuad Bos Gaurus, Shahrul Saad juga mahu mengatasi rekod abangnya menjulang lebih banyak piala.

Memetik laporan Harian Metro, Shahrul berkata, dia hanya selangkah untuk mengatasi pencapaian abangnya, Shamsul yang pernah memenangi Piala FA ketika bersama Perak pada 2004 dan kini tugasnya membawa kembali kejuaraan terbabit untuk skuad Bos Gaurus.

Shahrul yang membantu Perak memenangi Piala Malaysia musim lalu berjanji memberikan persembahan terbaik untuk mengekang asakan lawan sekali gus memastikan kubu skuad Seladang terus kebal.

Katanya, dia yang kini berada pada prestasi terbaik meletakkan perlawanan akhir Piala FA ibarat mempertahankan maruahnya demi memastikan kejuaraan milik Perak.

“Ini adalah pencapaian terbaik bagi diri saya dan selalu bersembang bersama abang untuk mengetahui lebih banyak mengenai bola sepak. Walaupun saya menggalas tanggungjawab mempertahan kubu daripada dibolosi, saya ada matlamat iaitu mahu mengatasi pencapaian abang dengan menang lebih banyak piala.

“Esok (malam ini) perlawanan penting bagi kami dan berkaitan maruah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Perak, sekali gus memerlukan untuk berjuang sehabis baik.

“Berkaitan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang sebelum ini dikatakan bermasalah, ia diharap tidak mengganggu rentak perlawanan. Pentas final perlu berikan persembahan terbaik dan tidak mahu jadikan perkara itu sebagai alasan kepada pemain untuk pamer aksi mantap,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");