Membawang Hari Ini

Isteri Jamal Mengandung Enam Bulan

PENYANYI terkenal Datuk Jamal Abdillah mengesahkan isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, kini mengandung enam bulan selepas mengalami keguguran tiga kali sebelum ini.

Menurut Jamal, 60, dia juga sudah membawa isterinya menjalani pemeriksaan untuk mengesan jantina bayi dalam kandungannya itu.

“Alhamdulillah, doktor memberitahu keadaan bayi dalam kandungan sihat.

“Saya sangat bersyukur kerana doktor juga memberitahu kami bakal menimang cahaya mata perempuan nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya kenapa baru sekarang berkongsi berita baik itu, Jamal berkata, dia menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu peminat.

“Saya bukannya mahu berahsia dengan kandungan isteri tetapi lebih berhati-hati kerana dia pernah mengalami keguguran tiga kali sebelum ini.

“Justeru, saya sangat berharap semoga semua peminat turut mendoakan isteri selamat melahirkan bayi kami nanti,” katanya.

Mengenai nama anak yang bakal lahir pula, kata Jamal, dia juga mengalu-alukan peminat untuk memberi nama pada bayi mereka nanti.

“Kami masih mencari nama sesuai dan mempunyai maksud yang baik untuk bayi perempuan bakal lahir nanti.

“Jika peminat ada cadangan nama yang baik boleh berhubung dengan saya dan isteri,” katanya.

Jamal berkahwin dengan Zai Izzati yang juga perkahwinan kali keempatnya pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.

Sebelum ini Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir dengan perceraian.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 12.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");