Namun, tegas penyanyi lagu Temberang itu, tidak perlu untuk mengaitkan orang lain dengan apa sahaja hal peribadi yang berlaku antara dia dan Redza.

“Saya sebenarnya terkejut apabila ada yang mengaitkan nama pelakon wanita itu. Bagi saya tidak perlu untuk kaitkan perkara ini dengan orang lain.“Buat masa ini, saya tidak mahu komen lebih-lebih tentang perkara ini sebab ada banyak hati yang perlu dijaga. Bukan sahaja diri saya, malahan pihak sebelah sana juga.

“Pada masa sama, saya dan Redza sudah bersetuju untuk tidak memberikan sebarang kenyataan. Rasanya itu adalah yang terbaik buat masa ini,” jelas Ayda ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Aura White Sparkle Diamond Skincare dan Aura White Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor semalam.

Ayda bagaimanapun tetap positif terhadap apa sahaja andaian daripada ramai pihak tentang spekulasi mengenai keretakan hubungannya dengan Redza.

Bagaimanapun, Ayda menegaskan sebelum ini tidak pernah ada sebarang penafian terhadap apa yang berlaku kerana dia tidak menidakkan atau mengiyakan tentang hubungan mereka.

“Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tidak ada istilah putus cinta pun sebenarnya. Apa yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan berkerja dengan cara yang baik.

“Sebelum ini, kami memang profesional juga, cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami diperkatakan ramai kerana sering dilihat bersama,” kata Ayda.

Sebelum ini, Ayda dan Redza dikatakan menjalin hubungan istimewa selepas dilihat kerap meluangkan masa bersama termasuk ketika menghadiri acara-acara hiburan lapor Kosmo Online.