Berita Hari Ini

‘Itu kan Kerja Polis’, Zuraida Tempelak Setpol Anwar

PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini menempak setiausaha politik presiden PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak kerana menyeru polis menahan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali dalam siasatan berkaitan video seks sejenis mirip menteri.

Zuraida mengingatkan tiada bukti menunjukkan Azmin terlibat dalam video itu, dan menambah keputusan menahan seseorang adalah urusan pihak berkuasa.

“Itu kan kerja polis nak tangkap siapa. Kalau polis kata salah, tangkaplah. Tak salah nak tangkap buat apa?” katanya pada sidang media di majlis pelancaran FundMyHome Skim Depositku di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) petang tadi.

Semalam, Farhash sejurus dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas 8 hari direman menggesa pihak berkuasa menahan Azmin bagi mengesahkan kredibiliti siasatan itu, kerana beliau percaya ada konspirasi politik terhadap majikannya, Anwar Ibrahim.

Zuraida berkata Farhash mungkin tidak mendapat maklumat terkini berkenaan kes itu semasa dalam tahanan polis.

Ditanya sama ada Farhash perlu dikenakan tindakan kerana melaungkan “Azmin semburit” selepas dibebaskan, Zuraida berkata: “Kita lihat dulu jawapan dia. Mungkin dia kata dia dah bingung sikit dalam itu.”

“Mungkin dia keluar tak dapat stabil lagi jadi beri peluang pada dia,” tambahnya.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");