Membawang Hari Ini

Janet Jackson, 50 Cent, Chris Brown meriahkan konsert di Jeddah

JEDDAH: Beberapa penyanyi popular, iaitu Janet Jackson, 50 Cent dan Chris Brown adalah antara artis yang memeriahkan konsert di sini, yang berlangsung tanpa Nicki Minaj, yang menarik diri pada saat akhir kerana isu hak asasi manusia.

Konsert sempena Festival Dunia Jeddah itu dihadiri ratusan penonton yang turut bersorak menari mengikut rentak muzik dan ia berlangsung di Jeddah, bandar raya di pinggir Laut Merah, barat Arab Saudi.

Namun, pemandangan seperti itu, mungkin tidak dapat dibayangkan dua tahun lalu, sebelum negara berkenaan menarik balik larangan terhadap kegiatan hiburan.

Ketika ini, Arab Saudi berusaha mempelbagaikan kegiatan hiburan untuk rakyatnya, yang dilihat sebagai satu cubaan untuk mengalih kekecewaan mereka terhadap kemelesetan ekonomi, dan pengangguran belia yang semakin tinggi.

Pihak Berkuasa Hiburan Umum Arab Saudi merancang untuk menyuntik AS$64 bilion (RM263 bilion) dana, ke dalam sektor itu pada dekad akan datang.

Bagaimanapun, beberapa tindakan yang dilaksanakan kerajaan sudah menimbulkan kemarahan, dalam kalangan rakyat yang masih mengamalkan gaya hidup konservatif. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");