Berita Hari Ini

Jawatan Ini Hak Saya- Ahmad Zahid

IPOH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, keputusannya kembali menyambung tugas sebagai Presiden UMNO adalah kerana ia hak beliau yang dipilih sebagai peneraju sah.

Sehubungan itu, katanya, adalah tidak wajar pihak lain mempertikaikan keputusan berkenaan kerana jawatan terbabit disandangnya melalui pemilihan.

“Ini hak saya kerana saya dipilih sebagai Presiden UMNO yang sah,” katanya yang mengumumkan kembali menyambung tugas Presiden UMNO pada 30 Jun lalu.

Ahmad Zahid juga menyifatkan pandangan segelintir pihak yang tidak senang dengan perkembangan itu dan mahu keputusannya dirujuk kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO, adalah tidak wajar.

“Ramai yang menekan saya termasuk yang di dalam dewan ini (perwakilan) dan di luar dewan, ramai lagi,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Tambun, di sini hari ini.
Beliau berkata, pihak terbabit termasuk yang tewas pada pemilihan kepemimpinan parti, mahu beliau berhenti sebagai presiden.
“Yang kalah (bertanding) jadi presiden pun kata, berhentilah jadi presiden. Sudah kalah kalahlah, yang kamu gila talak pasal apa?
“Yang saya bekerja balik, dia kata perlu dibincangkan dalam Majlis Tertinggi. Masa saya kata hendak cuti, tidak pula kata perlu bincang di MT,” katanya.
Pada Disember lalu, Ahmad Zahid bersetuju ‘bercuti rehat’ dan menyerahkan tugas Presiden UMNO kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sebelum ini, bekas ketua Pemuda UMNO merangkap Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, MT perlu memberi pandangan sekiranya Ahmad Zahid kembali menerajui parti berkenaan.

Khairy juga dilaporkan tidak bersetuju dengan pendapat bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan bahawa Ahmad Zahid bebas untuk kembali tanpa perlu mendapat persetujuan MT.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO tidak akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagaimana saranan Tun Dr Mahathir Mohammad.
“UMNO tidak akan pernah mahu menyertai BERSATU. Ini pendirian tegas dan dinyatakan dalam media. Kita (UMNO) parti besar,” katanya.- BHarian
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");