Membawang Hari Ini

Johan, Ozlynn Didik Anak-Anak Utamakan Al-Quran

Pasangan Johan dan Ozlynn sering dipuji mengenai cara mendidik anak-anak mereka. Terbaru Ozlynn berkongsi mengenai nasihat Johan yang paling utama kepada anak-anak iaitu kepentingan mempelajari Al-Quran.

Kongsi Ozlynn, dalam mendidik anak-anaknya Johan sering berpesan kepada mereka agar mementingkan ilmu Al-Quran, biarpun tinggi ilmu duniawi agar dapat menjadi penyelamat apabila menemui ajal.

“Papa cakap dekat semua anak, belajar sampai oversea tapi dalam diri kosong tidak berguna. Pandai banyak bahasa tapi tidak tahu bahasa Quran pun tidak berguna. Nasihat Papa toksah sibuk cari salah orang sampai lupa salah sendiri”

“Kalau Quran makanan hari-hari pasti jadi penyelamat diri bila mati. Tegas dan padu, maka bermulalah kisah subuh anakku dengan Quran. Cuti sekolah kan? Nasihat ini lebih buat diri sendiri, kalian jangan terasa hati,” tulisnya.

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen berasa sangat kagum dengan didikan yang diterapkan pasangan ini. Malah ada juga yang ‘sentap’ dengan teguran itu yang bagi Ozlynn lebih kepada buat peringatan sendiri. (rtky/w)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");