Sukan Hari Ini

‘Jual Saja Pogba’

LONDON: Manchester United patut menjual pemain bintangnya yang berhasrat untuk angkat kaki, Paul Pogba, kata bekas pemain tengah Red Devils dan Brazil, Kleberson.

Pogba ketika ini dipercayai sedang mengintai jalan keluar dari Old Trafford dan pemenang Piala Dunia 2018 itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan juara Itali, Juventus.

Pemain berusia 26 tahun itu, yang dibeli Man United dengan nilai £89 juta (RM459.04 juta) pada 2016 ketika ini berada di Australia bagi mengharungi jelajah pra-musim dan terus mencetus sensasi apabila didapati ‘berkelahi’ dengan rakan sepasukannya Jesse Lingard.

Justeru, Kleberson yang menghabiskan dua tahun bersama Man United selepas memenangi Piala Dunia 2002 bersama Brazil berpendapat inilah masa yang tepat untuk kelab itu menjualnya bagi menjana ‘wang lumayan’.

“Tindakan menjual Paul Pogba adalah tepat, dia pemain yang hebat dan bakatnya mengagumkan,” kata Kleberson. “Tetapi gayanya sedikit berbeza, tidak begitu diperlukan oleh Man United.

“Dia boleh menggunakan peluang ini untuk keluar dan mendapatkan permulaan baharu, bermain dalam suasana yang berbeza, mengharungi cabaran baharu. Kadang kala sukar untuk datang ke Man United dan mengadaptasi gaya permainan tertentu. Tetapi ia tidak bermakna dia bukan pemain yang baik dengan kualiti yang hebat.”

Kleberson berkata terdapat begitu banyak kritikan ditujukan terhadap Pogba dan kadang kala ia tidak diterima dengan baik pemain berkenaan.

“Kamu bekerja keras, kamu mahu beraksi dengan baik untuk pasukan tetapi kadang kala apa yang kamu lakukan tidak begitu menjadi, dan perkara seperti ini kamu tidak boleh kawal,” katanya. – AGENSI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");